sepuluh sebab lelaki tak boleh dipercayai


betul ke,..lelaki memang tak boleh dipercayai?
aku bersetuju kerana aku belum jumpa lagi yang boleh dipercayai setakat ini..
adakah aku prejudis hanya kerana kegagalan hubungan percintaan ku yang lalu?
mungkin juga...
tapi apapun aku tetap dengan pendirian aku bahawa lelaki memang tidak boleh dipercayai

kenapa? sebab..

1. Lelaki suka menipu. Menipu bukan kecik2 punya tipu, tipu pasal kerja lah, banyak benda diorang nak tipu. Tipu konon balik rumah terus tidur, padahal wat benda lain. Konon sibuk memanjang, padahal malas nak layan pasal ada perempuan lain.

2. Lelaki memang suka kalau makan kita perempuan yang bayar: memang jantan satu sen tak guna. Tak malu ke minta duit perempuan? Tak diberi karang mula buat muka kesian atau mengata kita macam-macam. Kata tak mengenang jasa lah, dah bersusah payah jemput kita dirumah takkan makan pun nak kedekut. Hai cik abang, kalau belum kahwin pun duit makan tak mampu nak bayar, inikan pula bila dah kawin and beranak pinak? bini ko nak tanggung ker?

3. Lelaki memang jahat dan kejam. Kalau dia suka, macam-macam lah sanggup dia buat untuk kita,..tetapi sebenarnya ada udang di sebalik kueh teow..kalau diorang ni dah tak suka, memang hati kita perempuan ni disiat-siatnya tanpa belas kesian. Diorang takkan peduli perasaan kita, malu kita, sakit kita. Mampuslah apa nak jadi dengan kita perempuan. yang penting diorang bahagia.

4. Lelaki sekarang mata duitan. Susah nak jumpa lelaki yang tak pandang harta benda sekarang. Nak perempuan yang berkerjaya, ada duit dan harta. Paling penting mampu tanggung diorang kalau dorang takda duit...

5. Lelaki suka mengayat. Ayat baik punya supaya kita perempuan percaya dan tunduk dengan mereka. Konon tak ada perempuan lain sebaik kita kat dunia ni,..konon nak sihidup semati lah..menyampah nak sebut ayat jiwang diorang..

6. Lelaki memang boros. Tak pandai nak simpan duit untuk masa depan. Dah nak kahwin baru kelam kabut. Dah terlambat bang,..ko nak kahwin nak mintak duit mak bapak lagi ker? memang muka tak malu. Pastu hantaran suruh perempuan bayar. Bangang punya lelaki.

7. Lelaki memang pemalas. Dahla belajar dulu malas,..dah kerja pun malas jugak. Nak overtime pun berkira. Balik rumah tau nak tidur je. Penat lah konon. Kerja tak seberapa. TAU nak pakai handphone mahal. Tapi pemalas. Boros, tak mahu menyimpan. Baju nak branded jer.

8. Lelaki Pengotor. Kenapa? korang tengok kuku diorang cukupla. Nak tunggu hitam legam baru nak potong. Yang merokok lagi lah...asap rokok diorang je dah bahaya. heeeee

9. Lelaki suka tunjuk kuasa. Konon diorang lelaki kita kene dengar cakap diorang walaupun dorang salah. Pirahhh...Ingat korang lelaki tu pandai sangat? dah lah belajar takat tingkatan 5. Duduk bawah ketiak mak lagi. Mak bapak tanggung makan lagi. Nak suruh kita perempuan dengar cakap korang yang macam bagus. Pergilah mampus

10. Lelaki suka tunjuk alim. Konon nak perempuan yang baik, pakai tudung, tak tinggal sembahyang, habis korang lelaki baik sangatlah, tak pernah tinggal sembahyang? alim warak yang teramat? Konon tak suka perempuan seksi..tapi mata korang kesitu jugak.. cerminlah diri korang tu sikit.

aku berpendapat, walaupun seseorang perempuan itu telah berkahwin, perlu disimpan sekelumit rasa tidak percaya kepada suami supaya kita perempuan tidak terlalu kecewa seandainya terjadi perkara-perkara yang tidak dingini.

p/s: nasihat aku, kalau korang ade duit masuk asb, simpan and jangan kuar2kan. jangan sekali-kali bagitahu laki korang bagi yang dah kahwin. hak korang seandainya dorang buat hal nanti. peace...


Comments

Rieka Akio said…
fuh ayat 10 sebab nih mengancam... i like... hehehe
Maya said…
hehe..thanks..

Popular Posts