accident!

Hari ini merupakan appointment aku ke Hospital. Jadi seperti biasa malam semalam aku tido awal supaya aku bangun lebih awal untuk bersiap, mengemas rumah dan bersarapan pagi. Aku juga harap tidak tersangkut dengan jam kerana ramai orang sedang bergegas ke tempat kerja.

(Aku ingat semua orang sedang cuti sekolah macam aku ker? hehe)

Lebih kurang pukul 8.15 pagi, jalan sesak di laluan sepang ke LBJ. Oh ye, lupa beritahu yang aku kena pergi hospital seremban review aku nye Pex scan and follow up schedule treatment. Waktu itu gerimis menyapa kami dan pemandu-pemandu lain.. Kereta nissan dihadapan aku, bergerak perlahan disebabkan lori dihadapannya pun perlahan, beitu juga kereta kancil milik abah aku. Sudah tentu abah aku yang drive

Tiba-tiba, tak semena-mena, kereta kancil abah aku merempuh kereta Nissan dihadapan dengan kuat, aku menjerit dan seat aku yang duduk juga turut menhentak betis aku dengan kuat. rupa-rupanya kereta belakang kami, Proton Iswara merempuh kereta kancil abah aku dengan kuat. Ya Allah. aku dah terfikir yang aku akan mati hari ini, tapi nampaknya umur aku panjang lagi. Aku menjerit sekuat hati kerana cuak dan seram. Abah aku yang lebih 40 tahun memandu masih kelihatan tenang, cepat-cepat memberhentikan kenderaan dan parking di side jalan. Perempuan India yang memandu kereta proton Iswara segera keluar dari kereta melihat keadaan kami. Dia terus menjelaskan bahawa kereta beliau tidak boleh brek. "Brek tak makan" katanya. Keretanya tersadai di tengah-tengah jalan. Uncle Cina yang memandu kereta nissan dihadapan juga turut keluar melihat keadaan kami dan berbincang dengan abah aku. Hmm ini betul2 eksiden satu malaysia ni..?

Aku masih duduk dalam kereta kancil itu tidak berganjak kerana terkejutt.. Betis kaki kiri aku yang terkena hentakan seat tadi, bengkak..rasa sakit mula menular di kaki kiri aku.. Aku telefon kak misi bernama, Mai mohon tangguh appointment kerana kami perlu setelkan dahulu masalah insiden ni. Maka, bermula episod siapa salah, siapa betul...

Setelah berbincang, memang kereta belakang kami iaitu Iswara yang salah. Namun mereka mendakwa, bukan salah mereka. Lori dihadapan yang berhenti -yang salah menyebabkan semua kenderaan berlanggar..adake patut? aku bukan buta, memang kereta hadapan aku dan kereta bapak aku slow masa tu..kalau bukan dia yang langgar memang takkan eksiden.. Cuma kesilapan disini ialah kereta masing-masing sangat rapat waktu itu,..abah aku pun tidak brek mengejut.. takkan lah dia tak nampak kereta dihadapan memang rapat dan slow..lagi pun lori dihadapan kereta Nissan sudah berhenti lama..

Banyak cerita, semua pergi balai je, buat report.. line pulak tak ada, kene terpacak kat balai lama2 plak. Tunggulah adik aku ambik kami. Kereta bawak pergi bengkel. Insurans? mestilah claim kereta proton Iswara nye.

Nak dijadikan cerita, uncle and abah aku borak2, bagaimana boleh terjadi eksiden begitu. Mereka membuat kesimpulan bahawa, kereta Iswara itu laju ataupun pemandu cuai membuat perkara lain yang tak sepatutnya dibuat ketika memandu. Contohnya telefon atau mengambil barang. Menyebabkan dia tidak fokus dan tidak sedar kenderaan sedang slow atau berhenti dihadapan. Telahan mereka betul. Tidak lama kemudian, kawan kepada si pemandu memarahi pemandu dalam bahasa inggeris berbunyi begini "tulah kau, drive sambil telefon..semua salah kau.." dihadapan abah aku. Hmm kantoi, diorang ingat abah aku yang Persis apek jual sayur tu tak paham bahasa Inggeris ker?

Apa kes?




P/s: MOral of the story, Berhati-hatilah ketika memandu, lebih-lebih lagi sewaktu musim hujan. Bertolak ansur sewaktu dijalan raya. Biar kita mengalah daripada membawa padah. Ingatlah orang tersayang. Patuhi keselamatan dan undang-undang jalan raya..

Don't phone and drive!
Don't phone and drive!

Comments

weh, macam mana kaki kau tu, ok tak? dah pergi cek?
Maya said…
ok je..lebam n biru ler mase memule..skrang pon mash biru lagi..lambat baik. sbb mel nyer imune kt lemah.. dua2 kaki biru kak bhgn betis.

Popular Posts