hujan


Hujan.

Hujan yang turun tanpa henti boleh menyebabkan banjir. Banjir boleh mengakibatkan tanah rutuh dan kemusnahan alam sekitar.

Hujan yang diselangi dengan angin dan petir merupakan penyebab ribut taufan. Nelayan berada dalam keadaan bahaya jika turun ke laut. Jika nelayan tidak turun ke laut, bekalan ikan pula berkurangan dan harganya naik mendadak.

Hujan turut memberi manfaat kepada manusia. Adanya hujan, maka penuhlah klinik-klinik dan hospital-hospital dengan individu yang sakit dan memohon mc. Klinik-klinik swasta mendapat untung, pekerja-pekerja sektor awam mahupun swasta mendapat mc dan boleh menggunakan cuti sakit itu untuk bersama keluarga tercinta. :D Tapi apa yang lebih penting ialah kesedaran menjaga kesihatan lebih-lebih lagi di waktu musim hujan.

Berapa ramai yang sanggup memakai baju hujan apabila hujan? Jangankan baju hujan. Payung yang cantik-cantik lagi colorful tu pun belum tentu lagi orang nak pakai. Lebih-lebih lagi kaum lelaki. Walhal mereka lebih cenderung dijangkiti selsema berbanding perempuan. Apabila sudah jatuh sakit, malas pulak nak ke klinik. Akibatnya senang dijangkiti penyakit-penyakit lain kerana immune system lemah. Oleh itu, jagalah kesihatan anda baik-baik ya. Sendiri mau ingat!

Hujan sebenarnya sangat indah. Lihat saja pohon-pohon yang disirami air hujan itu. Sangat cantik dan menenangkan hati. Hujan juga menyebabkan anda mudah untuk tidur dengan lena. Kerana cuacanya yang sejuk itu, automatik rasa nak tidur. huhu

Cuma kesal sedikit sebab, musim hujan di Malaysia jatuh pada bulan november hingga mac tahun berikutnya. Maksudnya cuti sekolah pun dalam musim hujanlah. Sukar nak cari tempat nak bercuti jika musim hujan. hmm. Kenalah fikir alternatif lain.

Comments

hujan rahmat :) jangan banjir sudahlah...
Rieka Akio said…
Mari kite men hujan.. hahaha sm2 demam!

Popular Posts