Samb..Gembira+bahagia=Panjang Umur? (PART 2)

hurmm..

sambungan kepada cerita minggu lepas iaitu jika kita bahagia dan gembira, InsyaAllah panjang umur. Memanglah jodoh, pertemuan, ajal dan maut ditangan Allah s.w.t. Tetapi tanpa iringan doa dan usaha, maka hidup anda itu sia-sialah juga.

Jadi, berusahalah untuk kebahagian dan masa depan hidup anda!

Selain dari 5 tips terdahulu..5 tips seterusnya juga sangat2 penting untuk anda amalkan.

iaitu;

6) Menghargai ikatan persaudaraan dan persahabatan disekeliling anda..


ya..sila hargai hubungan anda dengan kawan-kawan, adik-beradik, ibu bapa, bapa saudara, mak saudara, makcik sebelah nenek sebelah atuk tiri, sepupu sebelah abah sebelah nenek yang ke lima, tukang kebun, cik kerani, pak guard hatta kucing peliharaan anda sekalipun, anda mesti hargainya. Kita ini adalah mahluk yang dipanggil MANUSIA. Jadi, adalah mustahil jika perbuatan memencilkan dan mengasingkan diri itu, dapat memberi kebahagian kepada kita. MAsa yang dihabiskan bersama kawan-kawan dan keluarga boleh menggalakkan peningkatan immune system dalam badan. "bad relationship" atau hubungan buruk dengan sesiapa pun boleh meningkatan kadar stress yang mana secara saintifiknya boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan jantung anda. Anda mungkin boleh menghidap penyakit Alzheimer.

7) Tanamkan sikap Positif dalam minda!


Seterusnya, anda perlu sentiasa berfikir dan bertindak secara positif. Fikir yang baik-baik sahaja, buat pun yang baik-baik sahaja. Apabila anda berfikir secara positif secara tidak langsung anda mempunyai keinginan untuk mencari kegembiraan di dalam hidup ini. Anda tiba-tiba rasa teringin nak berjalan-jalan tengok wayang bersama-sama rakan-rakan. Atau mungkin ingin bercuti bersama keluarga, atau mungkin menunaikan haji/umrah. Anda akan rasa hidup ini cukup simple dan mudah jika mempunyai minda yang positif. InsyaAllah.

8) Makanlah makanan yang seimbang..


Makanan yang kaya vitamin dan protein, boleh meningkatkan level nutrisi dalam badan dan mengurangkan peluang anda jatuh sakit. Diet yang bagus dapat membuatkan minda anda sentiasa alert, memberikan tenaga untuk keperluan anda seharian malah menjadikan jantung anda kekal sihat. Ia juga menjadikan anda kelihatan sihat dan menawan! ;)

9) Seimbangkan kerja/tugasan anda




Memang anda perlu bekerja untuk membeli makanan yang anda makan dan membayar segala macam bil yang anda perlu bayar. Mempunyai pekerjaan adalah satu kemestian bagi orang dewasa yang bermaruah. Ia meningkatkan self esteem dan memberi arah tujuan dalam hidup. Meskipun mempunyai pekerjaan itu satu perkara yang baik, ia juga boleh mendatangkan keburukan JIKA anda berkerja secara melampau-lampau sampai tak hingat makan minum dan anak bini kat rumah. Jadi jangan "overwork". Jaga kesihatan dan perasaan orang yang anda sayangi.

10) Mempunyai Hobi/kesukaan dimasa lapang

Apalah erti hidup ini tanpa sebarang hobi? Rasa kosong je.. Tahukah anda bahawa hobi itu mampu meningkatkan mood seseorang dan menceriakan lagi hidup anda? Oleh itu pastikan anda ada hobi kesukaan masing-masing yang mampu memberikan anda ruang dan peluang untuk lari sejenak dari kesibukkan kerja, ketidakceriaan hidup atau keplastikkan individu disekeliling anda! Sebagai contoh

1) Menonton Wayang
2) menanam pokok bunga
3) Membaca Novel
4) Mengaji dan berzikir
5) solat sunat
6) Berkelah di tepi pantai yang indah...


Makan Aiskrim juga merupakan hobi..hehe
heheh....Itulah tips yang dapat saya beri kepada anda! Selamat Mencuba


Comments

aku suka gambar kucing yang mulutnya ada straw tu, macho haha

Popular Posts