ular tedung hitam

Semalam aku bermimpi melihat seekoar ular tedung berwarna hitam yang sedang melebarkan kepalanya. Ular itu  berbuat demikian sejurus melihat aku sedang cuba melintasi hadapanya. Aku pula tiada laluan lain selain laluan berhampiran ular tersebut. Ular itu seakan memberitahu aku "kalau kau berani lalu, aku akan patuk kau"..sambil kepalanya melebar-melebar seolah sudah bersedia untuk mematuk aku. Seram gila..

Apa maknanya itu? kemudian aku terjaga. Lepas itu aku tidur balik, seolah-olah aku lupa aku sedang mimpi apa tadi. Bila aku bangun semula baru aku teringat aku mimpi ular tedung warna hitam. Jadi aku pun "google" lah, sebab aku sedikit terganggu dengan mimpi tersebut. Kebanyakkan hasil "google" tidak memihak kepada ku. Warna hitam melambangkan sihir meskipun ular itu melambangkan jodoh. Ular tedung hitam yang boleh mengancam nyawa bermaksud percubaan untuk menyihir atau individu yang mempunyai niat tidak baik terhadap aku.. Agaknyalah..aku pun bukanlah arif sangat pasal mimipi-mimpi ini. Harap-harap tidak ada apa-apa yang buruk berlaku. Amin.

P/s: selalunya aku mesti letak gambar. Kali ini aku tidak mahu meletakkan apa-apa gambar mengani ular kerana aku sangat geli gelemen dengan ular. sekian.

Comments

Rieka Akio said…
Ha'a aku penah tgk tv ade ustaz tu ckp kn sebnrnyer kalo mimpi ular bkn psl jodoh.. lebih unsur kepada sihir... errr aku pun x suke ular.. menakutkan.. aku mimpi kucing itam.. nk cakar kaki aku.. huhuhu seram...
Rieka Akio said…
This comment has been removed by the author.
sihir ek?? aku ingatkan dapat jodoh hehe ^_^

Popular Posts