back to the future



Aku tidak boleh lelapkan mata malam ini. kerana emosi aku tak berapa nak stabil. aku tersedar yang aku bukan nya sihat sangat. aku nye batuk tak baik2 semenjak dua menjak ni. Aku dimaklumkan oleh rakan aku yang juga sakit seperti aku ni bahawa dia takda pon batuk cam aku. Walhal dia stage 3. aku je mengah2 macam mak nenek semput tk larat nak jalan jauh. lebih serius dari aku. Tapi aku ingat dulu doc penah bagitahu aku yang aku ni hampir nak masuk stage 3. nape aku batuk teruk sangat. Kadang-kadang sampai muntah2. Aku pon buat research..aku tanya doc pon dorang bukan leh tolong. 

A. kalau aku pernah buat chemo aku mesti dapat symptom segera seperti berikut:
1.rambut gugur
2.muntah dan loya
3.jumlah darah rendah
4.alergi
5.rasa macam badan kena cucuk2 ngan jarum

B.dan aku mungkin akan dapat symptom2 berikut kemudian:
1. Ketidaksuburan
2. Kerosakan paru-paru (batuk dan nafas pendek)
3.Kerosakan jantung
4.Penyakit kanser kedua

Aku dah ada symptom B.batuk dan nafas pendek. biasanya akan ada bila beberapa bulan selepas chemo. jangkamasa tu memang tepat ngan tempoh aku buat chemo. hari tu doktor macam tak nak cakap ngan aku lebih2. pasal aku bising kat dia, aku kata aku tanak wat second line chemo. fullstop!. Gila apa nak suh aku wat chemo kali kedua. tanak aku. dahla makin banyak toksik dia taruk kang. tensen bila fikir. Dia kata, "for now u dont hav to be worried ye mis..just hav fun with ur life.."   well..how am i supposed to do that?

sampai sekarang aku masih terbau2 lagi ubat chemo tu. bila fikir je pasal chemo aku dah rasa tensen yang amat.aku tanakkkkkkk buat chemo. tolonglah doktor weh. Masa aku chemo, aku diberi ABVD.

ada empat ubat. aku dah setel 6 pusingan chemo regime ABVD (12x chemo). Lepas satu proses chemo, aku kena tunggu 2 minggu akan datang untuk chemo yang seterusnya. kalau aku demam atau darah putih aku kurang dari 150, doc akan delay chemo itu. kerana aku akan jatuh sakit jika diteruskan. Pun begitu, untuk aku meneruskan dari satu chemo ke satu chemo sangatlah memeritkan.

 Mula2 masuk tu taklah rasa sangat. Ubat yang keempat, memang sakitlah urat tangan aku ni. sakit sampai aku demam menggigil2. habis je satu-satu proses chemo, aku mesti muntah. (wajib) pening kepala berpusing2, tak larat nak jalan. nak mandi dan pergi bilik air nak buang air pon tak larat. aku jatuh terjelepuk atas lantai hospital pasal degil nak pergi bilik air. Dahtu takkan aku nak kencing atas tilam kot? Misi lak malas nk tolak wheelchair bawak aku gi bilik air.Misi waktu malam garang.  

Dengan badan aku yang menggigil2, iv drip ditangan dan kepala berpusing, aku selalu gagahkan diri jugak ke bilik air nak kencing. Kencing aku ialah ubat chemo yang masuk dalam darah aku. Aku akan muntah2 banyak kali. Biasanya doc akan bagi aku keluar keesokkan harinya. Aku akan jaga pukul 4.00 pagi sebab lapar. tapi tkleh makan sebab tk selera. aku minum air milo je, tapi pahtu muntah. aku minum coke. dok tk bagi, tapi aku nk jugak, sebab minum coke baru aku tk muntah n rasa lege skit. dah tu takkan aku tak minum n tak makan langsung..sampai umah, aku akan baring je selama 2,3 hari.. aku tak larat langsung nak mandi, nak makan, apatah lagi mengemas rumah. aku takan makan pape selama 4,5 hari. mane selera, makan je rasa nak muntah. lepas 5,6 hari baru leh makan and berjalan-jalan. lepas 14 hari baru aku ok sikit. nampak la aku cengkung masa chemo. Kuku n jari jadi legam. kulit jadi gelap sikit. Urat jadi hitam. aku lalui proses chemo ni hampir 8 bulan. sebab aku delay 2 sesi.


aku tk nak jalani proses chemo ini lagi. aku pernah fikir dulu tanak teruskan..seksa. tapi aku gagahkan diri jugak.. bahkan doktor mengaku, tak ramai yang sanggup nak chemo. biasanya akan carik rawatan lain. ataupun ada yang sanggup tapi buat tak habis. .. 

apapun aku kenalah tanggung efek chemo ni sekarang. tumor dekat ngan jantung aku ni, dulu 10cm x 12 cm.
lepas tu kurang jadi, 8cm x 10cm.hmm sekarang 7cm x 5cm. doktor cakap kurang dahtu, tapi masih besar dan mungkin aktif. jadi ia boleh membesar lagi jika tidak dipantau...huhuu


Comments

Popular Posts