Bukan cerita sedih

Hari ini aku sangat penat. Macam biasalah, kerja sekolah takkan pernah habis,, sentiasa ada, dan ada, dan ada, dan ada lagi.... huhu

Tetapi jiwa ku tak tenteram kerana kata-kata seseorang mengenai hasil kerjaku. Tak cukup polish katanya. aku ni jarang ditegur atau menerima sebarang komplen daripada mana-mana individu mengenai laporan kerja aku. Jadi aku tersentak juga bila ada pertanyaan sama ada lengkap atau tidak program aku ini. huhu

Aku rasa aku dah cukup rajin dan buat yang terbaik untuk setiap program yang aku laksanakan. Tiba-tiba Tension menjelma. Sampai ke rumah aku masih memikirkannya lagi.

Aku pun cakap sorang2.."macam ni lah cik Timah, saya bukan superman, ultramen, atau spiderman, yang mana mampu buat 3,4 kerja dalam satu masa. Tulah yang terbaik saya mampu bagi. kalau nak cik timah buat sendiri lah.. "

hehehe..ayat nak pujuk diri sendiri..


Psstt...aku tak sanggup botak sekali lagi ...ekkk! cukuplah sekali..hehe
Kerja biar berpada-pada, jangan sampai terjejas kesihatan dan masa rehat anda!

Comments

Popular Posts