Hurt


cuti sekolah kan baru je.. hampir 2 bulan jugakla cuti tu..

namun aku tak berapa bercuti kerana menguruskan abah sakit dan kenduri tahlil arwah ayahku. aku sempat bawa arwah jalan2 pergi melaka sebelum operate. Kononnya klu pergi lepas operate nanti tk dpt pegi, abah mungkin ada kekangan. Sebelum abah operate, pergilah kami ni ke Melaka bandaraya bersejarah.

Aku tk boleh teruskan. menangis lak aku ni..

aku terkilan sebab arwah belum rasa duduk umah yang aku beli dengan duit aku sendiri.
aku terkilan jugak arwah belum sempat menunaikan haji.
aku terkilan sebab aku cuma bawak pergi melaka saja. Kenapalah aku tak pergi tempat lain yang lebih baik.
aku terkilan lagi sebab anak-anak dia sorang pun tak tahu main keyboard/piano. Aku nak belajar tapi belum  
ada kesempatan.
aku terkilan dan sedih yang amat sebab arwah belum tengok mana-mana anaknya bersanding dan tak ada peluang timang cucu.

Comments

semua yang berlaku ada hikmahnya :)

Popular Posts