Perkembangan Kesihatan Terkini

Assalamualaikum WBT

Syukur ke hadrat Ilahi dengan rahmat Nya aku masih sihat dan gembira disamping keluarga.
Kekangan masa menyebabkan aku jarang singgah menulis di blog ini.

Diri ini banyak luangkan masa dengan keluarga. Baru-baru ini ibu mertua menghidap strok dan koma sehingga sekarang. (Mohon doa pembaca). Suami berulang alik menjaga ibu di hospital bergilir dengan adik ipar. Moga mak cepat sedar dan sihat mak.

Aku masih regular checkup di Hospital Besar di ibu negeri untuk Hodgkins Lymphoma dan Hypothyroidism.

Keadaan kesihatan stabil.
Tahun ini demam 2 kali. Agak teruk.
Bacaan darah normal.
Bacaan Gula Normal.
Tekanan darah sekali sekala rendah.

Kesimpulannya: Aku sihat Alhamdulillah. Berat badan aku bertambah kerana sindrom hipotirioid aku. (Low metabolisma). Tapi aku tak putus asa.

Aku masih perlu usaha perbaiki kesihatan aku seperti berikut:
1. Banyakkan bersenam
2. Kurang minum air manis
3. Banyakkan sayur dan buah dalam hidangan
4. Aku berjaya berhenti minum nescafe (dah tiga bulan..yahooo) tapi kopi lain aku masih minum.. kikiki

Kerana apabila dah sihat kini, aku sedikit lalai dalam pemilihan makanan dan buat-buat lupa yang aku pernah sakit kanser. huhuhu

Paling penting, emosi kita positif. Kita gembira. Gembira dengan apa yang kita lalui seharian. Gembira dengan orang-orang disekeliling kita. Jika ada antara mereka yang tidak memberi layanan seperti yang kita mahukan, tidak mengapa. Abaikan sahaja.

Kita mesti ingat, bukan semua orang wajib sayang dan wajib layan kita.
Ingat yang wajib kita buat ialah "Berbuat Baik" dengan tuhan, dengan Ibu Bapa, dengan Keluarga, dengan manusia lain dan tidak lupa berbuat baik kepada haiwan.

Fokus positif dengan semua yang kita lakukan. Normal lah kalau manusia itu tersilap. Tiada manusia yang "sempurna". Mengaku salah saja, mohon maaf dengan sesiapa yang berkenaan dan jalan terus ke depan. Barulah hidup kita akan sejahtera.

Aku dan kopi tidak dapat dipisahkan!








Comments

Popular Posts