.

Saturday, October 23, 2010

Hospital again..


Aku mendapat panggilan daripada misi hospital putrajaya. Cik misi memberitahu, aku perlu hadir untuk appointment PET Scan. Apa kejadahnya pet scan ni. Awalnya aku rungsing juga. Takut-takut aku disuruh telan air putih yang payau sebanyak 2 liter. Takpun air merah segelas. (sebelum prosedur CT scan)

Aku tension mengenangkan prosedur medikal yang kene aku lalui sebelum menghadapi sebarang scan yang berbentuk terowong putih yang sangat cerah cahayanya. Lebih kurang gak ngan radioterapi yang aku kene lalui. Tapi Radioterapi ada main-main lampu sikit. kejap terang kejap gelap. Pahtu takyah IV. Takyah telan ubat-ubat payau. Tapi kene masuk terowong gak.

Part IV tu yang aku tak tahan..Doktor susah nak cucuk jarum kat tangan aku. Banyak jarum dah dicucuk kat tangan aku dan tempoh bagi setiap jarum yang stay kat tangan aku ni memang lama. Masa Kimoterapi la urat aku jadi "hancur". Ubat kimo yang melalui saluran darah aku ni, menjadikan urat aku sempit dan hitam. Tidak lagi hijau seperti orang normal. Doktor beritahu, ia akan mengambil masa lebih setahun untuk urat aku kembali pulih sepenuhnya. Masalahnya, belum pun urat tangan aku ni pulih, dah kena cucuk IV radioaktif plak.

Alahai tahlah..Aku sedang mencari punca rawatan lain untuk sakit aku ini. Aku tidak boleh bergantung dengan perubatan hospital.

2 comments:

cikgu siti hazreen said...

harap ko cepat sembuh mell ^_^

MeL said...

amin... thanks kak!