Konsert?



ASSALAMUALAIKUM W.B.T

ok, aku tau lama aku dah tak post any story of me.. But, aku nak kongsi cerita menarik tentang musik rock dan pengaruhnya kepada diriku ini. Baru-baru ini aku telah mengunjungi sebuah konsert anjuran tunetalk dan artisnya merupakan kumpulan rock terkemuka iaitu PARAMORE.

Sebenarnya aku tak pernah jejak mana-mana konsert seumur hidup aku, hatta konsert siti nurhaliza sekalipon atau mana-mana artis local Malaysia. Ye, aku bukan fanatik artis Malaysia, dan juga bukanlah benci artis malaysia. Cuma aku kurang tertarik dengan melodinya sahaja sehingga aku tidak berapa sanggup mengeluarkan wang saku untuk membeli tiket. Aku juga tidaklah lupa bahawa satu ketika dulu aku paling ingin menjejakkan kaki ke konsert Search. Selain Search aku juga sukakan kumpulan indie malaysia seperti Bittersweet, One Buck Short dan Hujan. Selain alternatif dan rock campuran, aku juga suka gabungan klasik musik elemen dan jazz. Seperti TILU, Yuna dan Zee Avi. Nama-nama artis yang aku sebutkan ini sudah pun famous seantero Malaysia dan Asean mahupun UK.

Pun begitu, jika ditakdirkan mereka mahu membuat konsert ataupun showcase, aku tidaklah berapa sanggup membeli tiket. Kenapa ya? mungkin sebab mereka memang artis tempatan dan lagu-lagu mereka mudah didapati. Gambar-gambar dan cerita-cerita mereka juga acapkali terpampang di surat khabar mahupun majalah dan mungkin juga di laman-laman sosial seperti facebook, twitter dan my space. Satu lagi mungkin sebab, mudahnya hendak terserempak dengan mereka di Kuala Lumpur.. hehe. Pendek kata dekat and accessable? hurmm

Apapun aku tetap menyokong artis tempatan. Lebih-lebih lagi adik-adik aku sendiri perform a group of musician combination called "The Manhatten Q". Aku memang suka mendengar lagu bising sejak dahulukala. Kawan-kawan aku memang sangat memahami bende alah yang aku minat ni. Tapi tidaklah aku pasti adakah mereka faham kenapa aku suka lagu rock yang agak membingitkan telinga?

Berbalik kepada cerita zaman 1990an.. ok, up sikit lah.. 1996. Aku berada di tingkatan dua. Waktu itu aku sungguh stresss dengan perkara-perkara yang berlaku disekeliling aku. Sangat stress sampai aku boleh membahayakan nyawa orang lain dan diri aku sendiri. Bagaimana caranya aku dapat meluahkan perasaan marah dan sedih yang terpendam sekian lama?

Aku sangat suka mendengar lagu. Aku ada walkman aku sendiri sejak aku darjah 6. Aku bawa kemana sahaja sehingga la aku tidur sekalipun mesti aku nak dengar melodi. Jadi, melalui musik aku dapat luahkan perasaan aku. Apabila aku mendengar lagu sedih, aku akan menangis, apabila aku mendengar lagu seperti linkin park dan eminem, aku turut mengutuk sama seperti mereka mengutuk orang lain didalam bait-bait lirik mereka. Oleh itu, apabila aku turut sama menyanyi lagu yang relate so much dengan life aku, aku rasa relief...

aku boleh kata, apa yang aku tak boleh nak kata
aku boleh luah apa yang aku tak boleh luah

Begitulah halnya dengan kes Paramore..lagu-lagu simple mengenai life, the feeling and surrounding. Fit so much to me. Mungkin tak ramai yang menggemari musik bising seperti Paramore. Tapi aku sangat suka lagu-lagu Paramore dan jika aku berpeluang, aku pasti pergi lagi ke konsert mereka. Satu lagi konsert yang aku ingin pergi ialah MUSE. Ini memang dalam waiting list aku..

Comments

wah..dalam diam-diam dah sampai ko ke konsert yer...syabbash bete hehe
Maya said…
hahaha...mel mmg tringin sgt nak gi..hihi

Popular Posts